19:39 0

7 Gambar Pernikahan Jimmy Shanley Dengan Mariam

7 Gambar Pernikahan Jimmy Shanley Dengan Mariam

carian:
jimmy shanley, jimmy shanley nikah mariam, mariam isteri jimmy shanley, gambar artis, jimmy kahwin mariam,

Jimmy Shanley akhirnya bergelar suami kepada wanita bernama Mariam Jamilah Abdul Jalildengan hanya sekali lafaz sahaja dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde. Ini merupakan perkahwinan kedua Jimmy dan yang pertama kali buat Mariam.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan sendiri pada jam 620 petang.

Pihak Jimmy memberikan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran sebanyak RM 15,000. 

Pihak Jimmy juga membawa lima dulang hantaran manakala pihak Mariam membalas tujuh dulang.

Hantaran daripada pihak lelaki ialah sirih junjung, cincin dan mas kahwin, phone dan spek mata, beg tangan serta wangian dan barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, jubah, set pakaian, kasut, jam tangan, set minyak wangi, coklat dan buah-buahan.

Hiba dengan pernikahan ini, Jimmy turut menitiskan air mata dan menangis ketika membacakan lafaz taklik di hadapan bapa pengantin perempuan selepas sah bergelar suami.

Kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat handai rapat kedua-dua belah pihak.

Malam ini, majlis persandingan akan diadakan di tempat yang sama.

Jimmy mempunyai anak bernama Zahrah Rania Shanley, 3 tahun hasil perkahwinan terdahulu yang gagal bersama Suhaila.













0 comments:

Post a Comment